...penulis boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa jika mendapati hasil tulisan mereka diperdagangkan tanpa kebenaran. ia dilihat sebagai mencuri harta intelek...


Thursday, March 24, 2011

Baruah jalanan brutal kene tangkap basah dan akhirnya di berkas

Jumaat, 25 mac 2011 – satu kejadian yang amat menakutkan telah berlaku pada hari rabu kemarin jam 12.30 pm (lebih kurang macamtulah hahahaha) di lokasi blok H, di bilik H011 dimana ia didiami oleh seorang gadis cantik jelita bernama sameerah hani. Sesuatu yang tidak diingini telah berlaku sewaktu beliau pulang dari kuliah dengan bahagianya membawa bungkusan makanan yang amat menyelerakan. Ketika beliau membuka pintu biliknya dengan perlahan-lahan, unsangkarablenye beliau telah menemukan sepasang pasangan sedang bercengkerama asmaradana lagi berdrama disuatu sudut katilnya. Amat mengecewakan jiwanya ia telah berlaku diranjang beliau tanpa kebenarannya. Pasangan tersebut tanpa menghiraukan kehadiran tuan bilik tersebut meneruskan lagi aksi mereka sehingga kedatangan pegawai-pegawai pencegah maksiat mereka terus lari bertaburan bertempiaran. Kesukaran pegawai pencegah maksiat dalam melakukan tugasan mereka, pegawai-pegawai veterinar yang masih belum bergraduate terpaksa menghulurkan bantuan. Saat genting ini berlaku selama 3 jam. Dalam usaha sama untuk memberkas pasangan ini pelbagai tindakan telah cuba dilakukan oleh pegawai veterinary bersama dengan tuan bilik ini iaitu puan sameerah hani. Selang beberapa jam si perempuan telah berjaya diberkas. Namun demikian disebabkan si perempuan mempunyai beberapa orang anak yang memerlukan belaian kasih seorang ibu, maka si perempuan ini terpaksa dibebaskan tanpa sebarang dakwaan. Setelah si perempuan dilepaskan si lelaki yang juga baruah ke-2 yang paling ganas disekitar ini cuba melepaskan diri dengan bertindak ganas terhadap semua pegawai yang ada. Beberapa-beberapa aksi ganas telah berlaku seperti berlari-lari seperti orang gila yang sewel, aksi gigit menggigit, aksi menjerit-jerit kegedikkan telah berlaku. (ok barua tu rilex jer…cume semua pegawai yang gelabah sakan ok.. haha). Terdapat satu kejadian yang amat menyebalkan bagi tuan rumah si barua telah pun menyebabkan hujan hancing di bahagian paling gentir di bilik itu sehingga 2 kali dan menyebabkan pencemaran bau yang amat menusuk ke jantung kalbu. Hal ini telah menyebabkan si tuna rumah berang dan bersungguh bersama-sama dengan pegawai yang untuk memberkas si barua. Antara peralatan yang digunakan ialah sangkar, penyapu rongak, tuala MTM yang santek, dan tidak lupa sebuah helmet sebagai perisai muka amat diperlukan. Segala usaha yang dilakukan akhirnya berjaya juga setelah bilik yang cantik lagi bersih bertukar menjadi rumah berhantu yang usang dan berantakkan. “terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat hingga menyebakan bilik saya kelihatan begini. Saya sesungguhnya amat terharu dan berharap agar pihak berkenaan sila jangan lupa tunggu untuk membersihkan bersama ya.. -..-“ “, kata tuan rumah selepas barua terganas berjaya diberkas.

Di sini tertera beberapa bukti kejadian dan gambar sebenar suspek yang dikehendaki ramai 0..ov






lokasi kejadian








antara pegawai-pegawai pencegah maksiat dan veterinar yang terlibat!







well done! good job! uuhuhu








suspek berjaya diberkas!
(amat garang+sombong+berlagak+barua betul! haha!)




inilah punca dan penyebabkan kenapa suspek ditahan reman ahhaha!


ok tamat sudah berita tadi…haha! Cewah! Konon2 nak buat cam lam paper r ni…bahasa berterabur lintang pukang bagai…ah! Peduli haper… tak kesah! Ok al kesah sebenarnya ni antara misi2 cewah! Misi ker? Antara aktiviti-aktiviti kiteorang sempena dkhp last sem nikan nak menyumbang bakti jasa lah konon2 nyer…so hari sabtu ni bermula hari cat neutering day yang berlangsung selama 2 hari dengan usaha kerjasama dengan jabatan veterinary dan juge dr cheng yg juga lecturer kami zaman sem 3dan 4 dulu… tak lupe dr zaidi juga ok… hohoho! Lupa plak nak bagitau, cat neutering day ni dilakukan sempena nak mengkasi ataupun bahasa mudahnyer memandulkan kucing betina mahupun jantan bagi tujuan tertentu.jangan lah ingt kiteorang ni kejam buat macamni kiteorang ni pet lover ok bukan sesuka hati nak buat, kesian pun ada tapi kiteorang buat semua ni bagi tujuan yang baik. Tak berdosa pun…

secebir hadis yang dipetik dari maklumat yang dipercayai...

al-Syeikh al-Uthaimin berkata tentang mengkasi haiwan seperti kucing:

إذا كانت القطط كثيرة مؤذية ، وكانت العمليَّة لا تؤذيها : فلا حرج ؛ لأن هذا أولى من قتلها بعد خلقها .. وأما إذا كانت قططاً معتادة ولا تؤذي : فلعلَّ في بقائها تتنامى خيراً

Maksudnya: “Jika kucing itu banyak (jumlahnya) dan menyusahkan, dan proses mengkasinya tidak memudharatkannya, tidak mengapa, kerana mengkasi dalam keadaan ini lebih baik dari membunuhnya selepas ia Allah menciptakannya.. adapun jika jumlah kucing itu tidak banyak (jumlah yang biasa) dan tidak menyusahkan, mudah-mudahan membiarkan dia berkembang (membiak) itu adalah lebih baik.” (Fatawa Islamiyah 4/448)

……………………………………

p/s: ok senanye amat penat nak mencari stray cat ni..pelbagai cara dilakukan… mengadai daging dan nyawa pun ada semata-mata nak bergelut ngan dyorang hahaha!



4 comments:

ïêmå å¢klê§ said...

amboi....
pegawai pencegah maksiat xbergaji erk...

kusiberjalan said...

baser lah pegawai suke wat amal jariah hhuhuhu

Amin Ke Tun said...

nie klau masuk sinar mesti laku abis....

p/s:bgi nasihat sikit pada yang betina tu..udah2 lah mengatal dan tua tu..hihi

kusiberjalan said...

yeyer je an...masuk sinar laku...org nk metro terkini baru best hagahahah!