...penulis boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa jika mendapati hasil tulisan mereka diperdagangkan tanpa kebenaran. ia dilihat sebagai mencuri harta intelek...


Sunday, June 05, 2011

kehangatan isu dara



wah!!! sejak beberapa hari ni aku tengok isu dara-dara ni mebuak-buak kat mane-mane laman sosial yang aku parking... semua kerana seorang insan mengepostkan entry yang dah lapuk berkurun tu... hurm.. macam-macam feedback yang aku tengok insan tu dapat.. 



kadang aku tengok owner blog tu menyampah pun ada, semak pun ada, kesian pun ada... kadang aku rasa manusia yang bagi feedback ni pon ade yang bagi nasihat secara baik, tegur secara kejam pun ada, menghina pon ada, yang melampau-lampau pun ada.. macam-macam ada bak kate astro.. cewah!




hahaha! ok aku bukanlah nak sokong mana-mana pihak.. aku rase kedua-dua pihak masing-masing ada salah silap baiknya.. ok mungkin kita lihat bila si owner blog tu mengepost entry tu ibarat membuka pekung didada kan.. ye tak seharusnya dia buat begitu.. tapi apalah salahnya mungkin secara tidak sedar dan tidak sengaja termengepostkan entry tu atas dasar hasutan syaiton nirojimm tu bersama nafsu menguasai diri ditambah dengan fikiran yang bercelaru... kita yang sebagai reader ni tak payahlah hina-hina or kutuk-kutuk dia.. *samalah macam aku jugakan... adeh.. T..T *  kalau nak nasihat ker tegur ker buatlah secara berhemah dengan baik berbudi bahasa sikit.. jangan main sembur jer.. bak kate orang  api yang marak jangan lah disimbah lagi minyak petrol bertong-tongkan? *senanyer bak kata aku ahhaha!




pastu aku rase tak perlu kot nak buat fan page bagai kat facebook or mewujudkan seisi bergosip mengenai isu ini.. tak rase ker bende tu pun satu penjanaan dosa.. yelah niat memang tok tegur owner blog tu kan tapi secara tak langsung perbuatan kita tok menasihat tu telah bertukar kepada seisi kutuk-mengutuk, umpat-mengumpat, caci-mencaci, hina-menghina, carot-mencarot bagai... ibaratnya kita pun sama jer akhirnya...
kalau si owner tu bagi feedback dengan memaki-maki, tak perlulah kita memaki sesama... tak ker tu namanya kitapon bangang sekali ngan dia...haish...



Dari Abi Sa'id Al-Khudri r.a. telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda : "Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju). Dan itu adalah selemah-lemah Iman". Di riwayatkan oleh Imam Muslim




tapi kalau kita dah buat semua tu tak jalan gak nak buat macamanakan? terserahlah pada dia nak terima secara baik atau tak.. at leat kita dah cube, try, test semua to nasihatkan and tegur kearah yang baik.. dia nak ikut ker tak mau itu antara dian dengan Allah.. bukan tugas kita untuk menghukumnya...



bagi owner blog pengakuan berani mati pun.. cara penulisan yang diluahkan pun ada salah silapnya...  dari situ bila orang baca dapat menilai gaya hidupnya macamana.. sayang umurnya muda lagi tapi terlalu mudah mencurah kasih sayang+cinta pada insan bernama lelaki yang baru dikenalinya.. hurm .. sayangilah diri anda.. sesungguhnya orang menegur kita kerana maseh sayangkan kita tapi kalau dah tak hirau tak kisah tu tandanya memang dah tak kisah langsung ngan kita.. lapangkan dada, buka lah pintu hati terimalah segalanya dengan positif.. sesungguhnya sabar itu separuh dari iman.. cewah!



yup!  no one is perfect... even me.. but.. we always given an opportunity by All mighty Allah to be a better person than yesterday.. right?




Oh! Islam: Kalaulah bukan kerana Allah menutup aib-aib dari pengetahuan umum atas dosa-dosa yang kita lakukan, pasti keaiban kita sudah lama tersebar. Tapi cuba kita lihat anak muda sekarang, mereka tidak malu dan mereka sendiri menceritakan aib tentang diri sendiri kepada kawan-kawan seolah-olah bangga dengan perbuatan yang dilakukan. Tidak sedarkah mereka bahawa Allah telah menutup aib mereka, tapi mereka sendiri membuka pekung di dada.

credit to : http//ohislam.com



...............................

p/s: ya Allah.. ampunilah dosaku selama ini.. sesungguhnya penulisan ku ini juga untuk memperingati daku yang lalai dengan perbuatan ku... T..T





4 comments:

ïêmå å¢klê§ said...

budak baru nak tunbuh breast, bese la..
nanti bila die dah matang die akan menyesal dengan sendirinya,,
hiih

kusiberjalan said...

dia maseh xnmpk lagi buruk baiknyer sebab tu lah dy buat macam tu.. orang nasihat marah2 yer dak huhuh

akuBukanlahjHil said...

sangat teruja dengan ustazah....
utzh nie bagi ceramah surau mana?
apa2 pun saya setuju...sangat2.

kusiberjalan said...

surau semenchu..hahah ustazah pon bole.. -..-" *perli sungguh ahaha