...penulis boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa jika mendapati hasil tulisan mereka diperdagangkan tanpa kebenaran. ia dilihat sebagai mencuri harta intelek...


Sunday, June 05, 2011

minggu kahwen-kahwen



wah!!! sonok sakan minggu ni.. minggu kahwen-kahwen yer dak... ahahhaha! 3 jun selamat member ku sorang dinikahi oleh pasanganyer.. 4 jun bersanding kat rumah dia.. 5 jun pihak lelaki pulak.. untuk fatihah selamat pengantin baru moga kekal hingga ker anak cucu.. cepat-cepat dapat baby nanti boleh buat baby shower pulak... hahhaah! fushhooww!!! angan-angan aku tak boleh blah...



aku tengok lepas sorang-sorang member satu sekolah, satu kampung aku tunang, kahwen... wah seronoknyer dyorang.. cewah! aku pun mula lah berangan nak juga.. *mood ngade2 ahahah! tapi bila difikir balik.. umur baru 21 tahun.. hebatlah dah kahwen.. maksudnya diorang sungguh-sungguh bersedia pikul tanggungjawab yang berat sebagai suami sebagai isteri.. bakal ibu, bakal bapa... hurm.... kalau aku belum tentu boleh buat punya.. harta pun tak da lagi... camner ni.. jodoh lagi lah jauh.. ahhaha! 



dah tertulis "lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik, begitu jugalah sebaliknya"... camner lah jodoh yang aku dapat... orang suruh cari tapi aku letih mencari.. makin aku cari, makin aku kejar semakin dia jauh.. aku rase lebih baik aku duduk diam.. sampai dia datang baru aku tangkap jodoh tu.. ahaha! macam nak tangkap burung merpati pulak.. ahhaa! cewah! member aku pulak kata aku ni memilih sangat sampai sekarang still single.. yolah dyorang semua dah der partner.. dah maju.. aku maseh kat takuk lama..



pelik sangat ker bila kita tak der pakwe, xder boyfie? sebenarnya.. dragon ball ader 7 biji..bak kate zool.. ok tak aku pentipoo jer.. ahahah! wahai meber ku sayang yang selalunye menanya status aku ni... sebenarnya aku malaslah nak cari pakwe ker boyfie even bakal suami ker.. bukan aku demand tinggi tapi untuk masa depan.. betol tak? aku tak kesah si dia tu ade pelajaran ker tidak.. asalkan dia pandai nak hidup, nak survive, berkemampuan untuk memajukan diri sendiri.. yelah.. kalau si dia tak kerja ker? tak der pelajaran ker? camner nak bagi makan kat anak bini nanti? takkan nak bagi pasir, batu kayukan?



pastu, aku mahukan si dia tu membimbing aku ke jalan yang di redhai Allah.. bukan aku minta alim ulama ker, pak ustaz, pak lebai... asalkan si dia ada ilmu agama yang mampu memimpin aku dekat dengan Allah sudah memadai.. yang mampu kejut aku bangun solat subuh... *wah angan yang sungguh tinggi... ahahah! pastu aku tak mau lah dapat lelaki yang  kaki pukul ker, kaki botol ker, kaki judi ker, kaki pompuan ker, alah kaki segala kakilah kalau boleh..semua kaki dia nak... uit tak sanggup aku memperjudikan kan kehidupan sedemikian rupanya... ahahaha!




ah! semua tu aku tak kisah.. perjalanan hidup masih jauh lagi der.. cilekz lah..umur baru 21 tahun bukan 41 tahun.. maseh muda lagi.. maseh banyak aku nak kejar.. kalau susah sangat sonang jer hidop den ni.. suh omak den carikan... taste dy lagi bagus dari den ni hah! hambek kau... ahahah! apapu mencari jodoh adalah lebih baiknya berlandaskan hadith ni....


sepotong hadith yang berbunyi

 “Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, 
keturunannya, kecantikannya dan agamanya.  Maka utamakanlah (dalam 
pemilihanmu itu) wanita yang kuat  beragama, nescaya sejahtera hidupmu” 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


..............................

p/s: aku ni macam nak buat iklan mencari jodh lah pulak... ahahah!

No comments: