...penulis boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa jika mendapati hasil tulisan mereka diperdagangkan tanpa kebenaran. ia dilihat sebagai mencuri harta intelek...


Thursday, June 16, 2011

tulang rusuknya sendiri dengan bodohnya cuba dipatahkan..

badan nak tido tapi mata tak mau pejam pulak.. ahahaha! sesungguhnya aku memang suka dan amat menggemari membuang masa dengan sengaja dengan merayap-rayap kat laman sosial ni.. dah tu takkan aku nak merayap memalam buta ni.. tak memasal free aku kene jual kat siam jadi tukang kebun ker, tukang cuci ker, tukang urut ker.. cewah! eherm.. laku ker kalau jual? hahaha!



ok sedang aku sesuka hati jenjalan merewang kat laman sosial ni.. terpandang terjeling aku kat artikel-artikel suami pukul isterilah, suami hentak isteri, dera isteri, suami kaki botol, suami jual isteri tok langsaikan hutanglah dan paling teruk suami bunuh isteri sebab hilang pertimbangan... haish...



bila tengok artikel macam ni membuatkan semakin aku gerun untuk melalui jalan perkahwinan untuk masa depan.. nak-nak aku pernah lalui bende ni kat sekeliling aku.. flash back balik ape yang aku pernah rase sejak menjak aku balik rumah aku baru tau ade jiran baru sebelah rumah.. selama ni aku ni tak der kaki jaga kain orang sampailah satu hari aku terdengar bunyi memekak macam orang gaduh.. ok bukan macam memang gaduh.. giler kuat si suami meneking-neking bininya.. tak cukup dengan tu sepak, tendang mula dilepaskan bertalu-talu.. aku cuma mampu mendengar si isteri merayu-rayu...


isteri: sudahlah bang..jangan lah tendang saya lagi.. sakit bang... saya tak nak awak macam ni...

suami: aku pon taknak macam ni! tapi ko ni... blah.. blah.. blah... (sebab aku tak berapa dengar ngah basuh pinggan cover kengkononnya ahaha!) 


gedenak-gedebuk aku dengar.. aku cam cuak lah aku pon bagi tahu mak aku..upenyer memang selalu.. so aku pon biarkan jelah.. sampai satu hari.. ngah best kemas umah pastu lepak-lepak ngan anak buah ngan akak aku.. tetibe dengar orang terpekik terlolong... ok peperangan bermula lagi.. kol 11 pagi dah gaduh.. aku pon tak tau r nak cakap per.. 


tengok 11.30 pagi tak benti lagi..


 12 tengahari.. 


12.30.. 


kol 1 tengahari.. 


tetiba dengar dengar isteri tu menjerit kat luar rumah.. akak aku dah tak tahan sebab giler mengganggu.. aku yang takut-takut pegang batang penyapu sand by kot-kot laki dy nak belasah aku ker kan.. aku pon pergilah teman akak aku nak p tegur jiran sebelah.. kuo je pintu belakang tengok bini nya tersandar terduduk kat tiang sambil menangis... terkejut bukan kepalang first time dalam hidup aku tengok orang berdarah menitis-nitis... habis baju belakang dia... penuh darah.. laki dia dah blah.. mak aku pon keluar tengok..



masing-masing dah gelabah tahap cipan.. ok tanpa tunggu paper mak aku suh aku ngan akak aku p balai buat report pastu pergi hospital untuk rawatan lanjut.. sebab laki dia dah cukup melampau.. kalau stakat gaduh biasa-biasa takper standard laki bini lah sedang kan lidah lagi tergigitkan tapi bila dah berdarah-darah tu namanya gila sawan... aku yang belom mandi tu siap-siap dengan selaju yang mungkin then drive pergi balai... ni kali ke 2 kau p balai selepas kes moto yang hilang dulu...





  kol 1.40 ptg  kiteorang sampai kat balai polis teluk sengat.. tapi sungguh mengecewakan jiwa sesamapi jer depan pintu balai polis ni boleh pulak polis wanita ni buat derk jer.. sikit pon tak layan or respon dengan kedatangan kiteorang.. hello puan? tak nampak ker pengadu ni dah berdarah-darah boleh duduk tercongok kat situ sambil bersilang kaki sambil layan akademi fantasia kat astro? 


nak tunggu tepat kol 2 baru nak tanyer apa yang terjadi? sumpah aku hilang respect kat polis tu sebab lambat ambil tindakan... tak macam mase aku hilang motor aku report kat balai polis bintulu laju jer dia amek tindakan tak der nak tunggu lepas lunch hour ker bagai... 





  bila tengok anak-anak kakak kene dera ni kesian jer.. sememeh semua.. tak taulah nasib diorang akan datang macamane...




lepas jer buat report kat balai polis teluk sengat kiteorang pon bergegas pergi hospital kota tinggi bahagian unit kecemasan... yolah kepala akak tu dah berdarah-darah risau gak.. kot ada darah beku ke hapa...




  sebab kakak ni takut sangat ngan alki dia ic pon tertinggal naseb bek boleh daftar semua.. tapi nak tunggu masuk pon lambat.. haish.. tu lah hospital kerajaan...




 sementara tunggu akak ni kene panggil aku pon korek-korek siling dalam poket oow naseb bek adalah RM2.10... cukup untuk beli 3 cawan.. kiteorang semua ada 6 orang.. so kongsi-kongsilah boboy... hahha! tapi malanya naseb aku dikala tibe turn air aku mesin ni buat hal.. pergh! jimbek! aku haus dan lapo.. maka aku ngan aku hanya menenung mesin itu dengan penuh kesakitan hati hahaha!



 dah siap buat rawatan...





 kesan darah tak nampak sangat kan jup g tunjuk yang jelas...





 akak ni tak ingat berapa jahitan kene tapi bila diukur dengan jari aku adalah dalam sejengkal panjangnya.. gila r laki dia boleh pulak baling kayu beruti.. kalau pecah kepala berderai tak ke hilang nyawa... hish! 




 pastu pergi ibu pejabat polis dekat kota tinggi untuk siasatan lanjut...






 on the way nak pergi jumpe penyiasat untuk buat statement.. nampak tak kesan bulatan tu ada darah banyak kan? belom tengok kat tempat kejadian.. darah meleleh-leleh cam dalam tv selalu tu..










menanti pegawai penyiasat...



Rujukan boleh dilakukan ke atas Surah ar-Rum ayat 21: Ia menyatakan bahawa:
ar ruum 21

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuatanNya dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”
Terdapat banyak hadis yang menyatakan betapa keganasan adalah tidak sebahagian dari amalan orang Islam. Aishah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. tidak pernah memukul pesuruh atau isteri Baginda, dan Baginda tidak pernah memukul sesiapa dengan tangan Baginda sendiri.
Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda bahawa, “Yang paling baik di kalangan kamu adalah mereka yang paling bersopan terhadap isterinya.”
Jelas di sini bahawa keganasan bukanlah sifat yang patut dimiliki oleh seorang suami.
Terdapat ayat al-Quran pada Surah an-Nisa ayat 34 yang antara lainnya menyebut:


an nisa 34


“….hendaklah kamu beri nasihat dan kamu tinggalkan sendirian di tempat tidurnya dan kamu pukullah dia (dengan pukulan yang tidak menyakiti badannya). Jika perempuan itu telah taat kepadamu, janganlah kamu mencari jalan untuk menganiayanya.”

credit to : munajahcinta



......................................






p/s : sayangilah dan jagalah "tulang rusuk kiri" mu itu sesungguhnya jika ia patah sungguh menyakitkan..


gara-gara tenet cam jimbek tak dapat publish malam tadi so rini baru dpt publish hahaha!

2 comments:

budaksmartmanchoabis said...

wow dahsyat....kena panggil 999 nie....

kusiberjalan said...

tau xper.. dasat giler... yang bengong laki dy macam xder hati ngan perasaan jer...