...penulis boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa jika mendapati hasil tulisan mereka diperdagangkan tanpa kebenaran. ia dilihat sebagai mencuri harta intelek...


Tuesday, September 06, 2011

penghidupan kali kedua penuh bermakna...

wah!!! hampir sebulannya aku menyepikan diri dari menghupdatekan entry.. walawei.. bukan sengaja... haish... sejak menjak 2 3 4 5 6 menjak aku menyibukkan diri dengan tuntutan tanggungjawab dalam mengebangkan industri malaysia ni segala laman sosial aku semuanya terbiar bersemak samun.. hahaha! 



dikesempatan ini juga aku ingin memanjatkan kesyukuran.. *chop! kenapa ayat kau kelihatan skema nob giler? aku mula merasa jijik.. ahahha! ok straight to the pointlah.. sebenarnya.. dragon ada 7 biji.. bak kate zool ok tak aku pentipoo di bulan mulia ini.. ahahah! ok sebenarnye dikala orang sibuk nak sambut berhari raya, mengutip duit raya, menghapuskan dosa antara sesama manusia aku telah diberi peluag sekian kalinya untuk bernafas lagi dimuka bumi pinjaman yang Maha Kuasa lagi Maha segalanya... ya Rabbi...



kenapakah aku berkata sedemikian rupenyer? jikalau korang nak tau.. ikutkan secara logikal akalnya aku dah tak der lagi hari ni.. mungkin segala laman sosial aku akan terbiar terus bersemak samun.. sampai sekarang perkara yang aku alami terase macam berulang-ulang kat depan mata aku..



tanggal 28hb august 2011, 2 hari lagi sebelom raya, di  hari cuaca yang indah pulang dari bersengkang mata untuk sesuap rezeki sementara aku kat kilang SDP desa cemerlang bersama dengan CEO zakirah kita, mata aku mula terase letih, dikuti dengan badan dah kehabisan tenaga.. mak aih..! sumpah aku cakap penat giler! ok niat hati nak balik rumah nak balik semenchu.. cantik kereta aku pandu menyusuri jalan yang dipenuhi kereta yang rakus nak balik kampung.. selama 21 tahun aku hidup itulah kali pertama aku boleh tak perasan jalan masuk semenchu dan terlepas.. terase muncheesecake sungguh.. oowh! rugi berapa minit boleh samapi ke rumah.. 


ok tak per.. terus ngan menggila berbual sambil bergisp soapn di bulan puase bersama CEO zakirah... ingat nak u-trun dekat bandar mas.. namun kerana tiada rezeki menjejaki kaki kat bandar mas.. sedang keenakkan berbual dengan zakirah mata aku seperti bergentayangan besi-besi berat seperti meminta untuk menutup.. cantik! mate aku memang tekatup dengan rapat tanpa aku sedar selama 72 saat.. 




tak semena aku hanya mampu mendengar "EZAAAA!!!!" tempikan dari zakirah.. apa yang aku ingat kereta warna biru depan mata.. zakirah tolong tarik stereng dengan kegelabahan kebodohan aku tersilap memijak pedal minyak membuatkan kereta mak aku melakukan aksi stunt macam dalam filem-filem hebat lumba kereta....  cantik sekali kereta mak aku berpusing-pusing dan tergolek-golek menyusuri bahu jalan kiri dan akhirnyer terparking dalam keadaan yang sunggu membahayakan iaitu TAYAR KERETA BERADA DIATAS...  dalam ingatan aku terpandang wajah emak aku jer mase tu sambil aku kedengaran rintihan zakirah menyebut "Allah.., Allah...,Allah.., Allah...,Allah.., Allah...,"





gara-gara aksi stunt berbahaya aku terhentak kat stereng menyebabkan dada belakang kepala aku sakit yang teramat.. zakirah yang tidak pakai belt terbang dengan selamat ke belakang dan menyebabkan kakinya bengkak.. tapi mase tu aku bersyukur sebab ramai kereta berenti untuk selamatkan kite orang.. ALHAMDULILLAH!!! aku bersyukur panjang kalau tak dah lama kereta tu meletop kiteorang ni jalan buat selamanya... ALHAMDULILLAH juga Allah menyelamatkan kami tanpa setitik darah pon keluar... aku juga bersyukur dengan ALlah kerana memakbulkan doa mak aku yang merasakan tidak sedap hati sebelom aku mengalami musibah sedemikian rupa..  





dengan penghidupan kali kedua ni membuatkan aku lebih menghargai kehidupan dan orang sekeliling aku.. aku nak berubah... sesungguhnya dengan kehidupan kali kedua ni aku mengharap akan lebih dekat dengan yang MAHA ESA.. yelah bekalan untuk aku ke alam kubur, alam akhirat ada macam tak ada jer.. Ya Allah berdosa nya aku sebagai hambanya... T..T




peluang yang diberi bukan selalu.. sesungguhnya aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih menyayangi aku... dengan peringatan yang diberi membuat aku lebih mengingatinye daripada alpa dengan segala kesenangan dunia...  astaghfirullahalazim............


aku terharu dengan jawapan mak aku di pagi raya...

aku : mak sayang eza tak?

mak: mestilah sayang.. mane mak nak cari anak lagi kalau eza dah tak der... kereta boleh dicari nak.. eza yang dah beso macam ni mana mak nak cari?? saper nak bagi mak anak lagi? nasiblah Allah Maha Beso sayangkan eza panjangkan umur eza lagi...


aku hanya menitiskan air mata jer....



...tragedi tercoret...


dengan bantuan ramai mengembalikan kedudukan asal kereta baru kiteorang boleh keluar..
















aku telah selamat menjahananmkan kereta mak aku...



































stop kat air tawar 5 jap sebab ader proton saga accident dengan lori gas pulak.. memang musim dialah.. haish...








p/s: selamat hari raya kepada semua blogger, pengunjung2 yang singgah ke blog sekakang kera ini... mekasih.. maaf zahir dan batin kepada semua jika telh mengguris, mentoreh perasaan jiwa dan raga anda semua... nah gule2 raya untuk semua.. huhuh! lebiu guys.. ok tiada kaitan.. haha -..-"








3 comments:

.feyra khamsah. said...

Ya Allah terukknyeeee >.<
nseb bek ade gak penumpang kalau tak kakzora terlelap sorg2 ~
Alhamdulillah selamat ~

*Petutla banyak eksiden org blek keje mesti kes penat yang terrrramat ~

FANA ZABIL said...

ko excident ezza??

kusiberjalan said...

tingkat.. tau xper... bile keje seharian 12 jam sehari letih.. xkesah keje apa pon.. kte praktikal pon dah pnt giler an... alhamdulillah selamat.. sebab bile tgk keadaan kete depan mata orang ingt dah goal dah toh... huhhu

fana... a`ah aku accident lagi 2 hari nk raye.. kereta mak aku jahanam xder g dah.. T..T