...penulis boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa jika mendapati hasil tulisan mereka diperdagangkan tanpa kebenaran. ia dilihat sebagai mencuri harta intelek...


Thursday, October 27, 2011

bila ajal sudah menjemput semua perlu redha....


dikala aku sibuk menyiapkan assignment PRT 3005 dr. idris punye sambil memondeh dengan lagu-lagu dari animax tetibe dengo orang panggil mak aku.. upenye cik kamisan wakil blok datang nak jemput pergi kenduri tahlil. disaat dia sebut umah chemah yang buat terkejut gak aku. *sambil memasang telingan dengan gaya kepochi.. hahaha!



aku tunggu mak masuk umah kemudian aku tanye...



"mak umah chemah buat kenduri tahlil??? kenapa?"


"eza tau tak mak chemah dah meninggal.. ralat betul mak hari nilah..."


"ish mak ni.. biar betol mak... bila pulak mak chemah tu meninggal?"


"pagi tadilah.. mak pulak tak dengo masjid buat pengumuman.. meninggalnya kol 11 pagi tadi... mak pon tak kuo umah rini.. sedihlah mak tak tau.. pulak tu tak de orang datang ke tipon bagi tau......"


"ya Allah yeke mak? eza pon tak dengo pon masjid wat pengumuman... hujan lebat tadi manalah dengo.. lol... kecian chemah mak..."




hurm.. aku sumpah terkejut bila dapat berita tu.. so malam tadi aku pon pergilah kenduri umah chemah.. masuk je umah dia aku terus cari chemah.. aku jumpa dia kat bilik air ngah basuh pinggan mangkuk yang bertimbun dengan kak tura.. lantas aku tunggu kat luo dan secara automaticnya menjadi tukang angkat yang berkaliber cewah!


sayu aku tengok muka chemah. selama 6 tahun mak dia menderita sakit stroke a.k.a angin ahmar.. kecian pulihnye sikit-sikit. habis je kerja cuci chemah terus dok sebelah aku. aku pon cuma berani tanya sikit-sikit jer.. masa chemah tau mak dia meninggal pon mase dia kat tempat kerja... aku rasa macam baru semalam aku tengok mak dia ngah duduk kat kerusi roda sambil tengok aku gurau senda ngan chemah... T..T sob..sob..sob.. 



mengenangkan mak dia aku terus teringat mak aku.. jangan lah mak aku memberi guraun kasar begitu.. aku masih belom bersedia nak tengok mak aku pergi.. aku masih memerlukan dia.. dia jer segalanya bagi aku... hurm.... papepun takziah chemah.. aku tau ko kuat! ko boleh harungi segalanya... walaupun mak ko tak sempat nak tengok ko kahwen dan mempunyai anak tapi ko banyak berjasa kat mak ko waktu dia sakit... tak per aku mengerti perasaan ko chemah... sabar dan tabahkanlah hati mu itu...



lagi sedih bila aku nak balik akusalam kakak chemah ina.. 


"eza aku dah tak de mak dah..."


"ina jangan lah cakap camtu... mak aku kan ada..."

...yer.. sunggh mak aku ada tak sama dengan mak sendirikan???.....





p/s: tetibe berat hati aku nak balik upm....

No comments: