...penulis boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa jika mendapati hasil tulisan mereka diperdagangkan tanpa kebenaran. ia dilihat sebagai mencuri harta intelek...


Sunday, December 25, 2011

TORA DATANG LAGI DENGAN PERMAINAN BARUNYER!!!




hoyay!!! dah 5 hari aku bertapa kat rumah dengan penuh bahagianya.. sambil membuat pemujaan semangat *walaupon hakikatnyer pentipoo jer semua tu.. cis! hahah! at least kat rumah aku ade family leh membahagiakan jiwa dan raga ni dari dok kat kolej memendam perasaan macam nak peram jeruk je kan.. by the way thankz a lot kat my couzen, her friends and also mine, my roomate, and my friends!! yaw!!! coz give big support towards me during i`m in down heart in gloomy world !! and also my lovely sista muach!!! 



since eza in the house now.. cewah! *muke bajet macam pengacara telebisen pulak kan.. ahahaha! ritu aku balik dari upm hari khamis... sebab aku lambat p terminal TBS so aku nek bus 4.00 pm dan sampai malam kat johor. sejak aku accident dan telah meranapkan kereta kesayangan mak aku maka perjalanan nak terus ke rumah yang tercinta tak boleh. yolah lau dah sampai kat kota tinggi memalam bute sape yang nak amekkan aku kalau dah tak de bus, maka hasrat nak balik terus terbantut dan mencari alternarif singgah lah umah akak aku yang berdekatan dengan skudai.. senang hidup. makan free tido free. aku sesungguhnya memang suke bende-bende free ni hahaha! maklumlah kehidupan student kenelah berjimat cermat amalan mulia kan.. ahahha!




so tido semalaman kat umah akak aku.. esoknyer ingat nak nak balik rumah pepagi bute namun apakan daya adik aku pulak p test kete maka tak de sesiapa lagi nak ameok kat sempang  semenchu pulak dah.. so ikutlah akak aku ke pejabat beliau yang santek itu. sementara tunggu di meeting ngan bos beso aku memondeh-mondeh kat pejabat dia sambung marathon tentang dhia.. ahahah! kelas ko kiah..



ok habes meeting akak aku pon nak hanto pergi terminal larkin tapi sebelom tu dia tau adek dia bernafsu puaka ni nak makan dulu.. oleh kerana ibu bunting 4 bulan ni tak boleh telan nasi kerana bakal anak sedara aku yang bakal dilahirkan dalam 5 bulan 10 hari bertekakkan western tak mau telan nasi maka akak aku pon p lah cari kedai kacang pool.. aku pon teringin gak. yolah lama dah tak makan kacang pool ni. kat mines ade tapi mahal bek aku makan kat johor. 1 set baru RM4 kan murah tu.. sedap pulak.. hahaha!




taadaaaaa!!!! ini lah rupe kacang pool tu!!! --" tapi sebab terlalu gelojoh aku dah tergaul bar ingat nak amek gambar.. ahahahha!




ade telur gorent mata kerbau, ade bawang hiris sikit kat atas kuah nyer ni pastu perah kan limau kasturi gaul boelh siap sedia dimakan dengan nikmatnye!!! nyum!! nyum!!





kacang pool tu dimakan dengan roti beso+tebal +garing +ranggup ni lagi sedap.. akak aku cakap ade kedai kacang pool yang dah tak pakai roti asal dia ni, pakai roti gardinier so tak best kedai ni masih kekal kan tradisi lama so best!!! hehehe









inilah wajah ibu bunting 4 bulan tu sedang menikmati makanan dengan sedapnyer! hahaha! yaw!! tak lama lagi bertambah lah anak buah aku.. TT..TT aku mengharapkan lelaki lagi ahhaha!







nilah kedainyer..kedai nyer terletak ka belakang terminal larkin jer.. dekat.. lebih kurang cam foodcourtlah ade kedai lain semua..service dia tip top sebab apa kite order dengan segera ia sampai..cewah! cam promoter jalan-jalan cari makan pulak..




sedang menikmati makanan yang sungguh lazat ni..tetibe akak aku cakap.. 


"eh tu kan mat sentol" 


"mana kak? yeye jer akak ni"



"yelah takkan lah akak ni tak kenal mat sentol"


aku pon toleh... 


"a`ahlah kak.. hehehe! mat sentol, teringat pulak iklan ni,  TORA DATANG LAGI DENGAN PERMAINAN BARUNYER!!!" ehehehe




wah! rezeki aku lah kan jumpe pelakon lama.. aku suke tengok mat sentol ni berlakon zaman dahulu kala.. best!! kelakar... hehehehe! antara lakonan dia mat bond, mat tenggek, mat karung guni, dua kali lima, tiga botak, siti zubaidah, pak pandir moden, ei banyaklah.. tak teringat aku. huhu! and aku baru tau yang dia ni juga tinggal kat johor and peneroka air tawar 3.. hahahaha! giler batak kejap...


so walaupon aku anak muda generasi moden cewah! jiwa aku maseh suke dengan filem melayu.. walawei kelas ko kiah!! huhuhuh *kembang mangkuk jamban jup.. huhuhuh! ok peace!











p/s : pergh!! baru habes 1 subject study.. berkoyan-koyan lagi nak teruskan.. berbuihlah biji mata ni.. aduhai... huhuuh!



4 comments:

siti suraya said...

warghhhh sedapnya kacang pool . tpi tak penah makan pon . hehe :)

kusiberjalan said...

sedap!!! kene try..sekali makan nak tambah lagi.. huhuhuh

∫êℳå ℋiℳå₩åℛï said...

xpernah dgr lak kacang pool 2..

ish, xabes makan lagi terus g amek gambar....

kusiberjalan said...

kene cube iema makan..sedap!! kat johor banyak juga lah kedai makan kacang pool ni.. lau kat tempat len tak tau hehe! ease pernah jumpe satu kot kat mines... excited sgt nk makan tu amek pic lu lama dah tak makan hehehe