...penulis boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa jika mendapati hasil tulisan mereka diperdagangkan tanpa kebenaran. ia dilihat sebagai mencuri harta intelek...


Wednesday, January 25, 2012

sudahkah anda mendaftar sebagai pemilih? daftarlah sekarang! tunaikan tanggungjawab anda sebagai pengundi








wao! penuh semangat aku letak banner SPR buahaha! ok disini ingin daku ingin mengumumkan bahawa senya saya sebagai anak jati Malaysia telah menjalankan tanggungjawabnyer dengan penuh berdedikasi.. *sambil memandang langit.. muke bangge.. oowh so lame ok..  --" tak payah nak berjimba sangatlah eza haha




siang tadi hasrat di hati hanya ingin menemankan siti zakirah anak kepada cik daros nak pergi pejabat post atau lebih dikenalinye dalam bahasa jawa post office ok kat felda air tawar 2. dekat je nak memanjangkan kaki sampai ke kota tak mampu hal ini kerana motor BKM kepunyaan akaknyer tiada rotex. memang syiok bawak and naik motor yang tak de rotex kat jalan beso. muka memang kene kerek bajet tak bersalah. tertembung pulak pakcik-pakcik polis trafic yang hotwz so senyum dengan penuh manis sambil lambaikan tangan maka lepasdari ditahan. ok? silalah contohi tips ini untuk kesalamatan bagi anda yang tiada rotex kenderaan. *sambil gelak primadona



ok back on track, sesampai kat pejabat pos memang bergondang-gondang orang menanti untuk berurusan nak wat camne kaunter bukak satu jer. maka bersabar jelah menanti. niat hati cume nak temankan mahcik ni pos surat untuk mohon balik slip result MUET beliau, tetibe jer aku terpandang segala urusan yang boleh dilakukan kat pejabat pos yang tertempek kat kaunter tu.. "mendaftar SPR"... lantas aku terfikir, eh aku kan dah 22 tahun, bukan patotnyer dah mendaftar ker? lantas terus terimbas segala iklan-iklan yang bermain dicorong-corong radio, telebisyen, suratkhabar bagai. *cewah! ayat novelis lah sangat. hahah!




dengan rakus nyer aku pon menghasut siti zakirah ni mendaftar. wah! giler terase bangge jap *sambil melompat-lompat bagaikan ungke siamang berpesta. ok mungkin ni kali pertama aku mendaftar so terasa batak sekejap. ok mungkin terase dewasa sekejap itu lebih tepat untuk di driskiminasikan perasaan itu.. ok aku salah eja, dan sebenarnyer tak tau nak eja.. ahaha! ah pedulikan itu semua.. cis!



ok sebagai pendaftar baru SPR disini aku ingin kongsilah serba sedikit tentang nak mendaftar SPR nii walaupon tak banyak kan, orang kate sharing is caring, walawei..kelas! hahah!


bagi yang belom mengundi boleh lah mengundi di tempat-tempat yang menyediakan perkhidmatan mendaftar SPR ni contohnye kat pejabar pos. selain daripada itu, bagi mude mudi yang jenis suke bertempek kat depan PC ker, laptop ke, notebook ke, netbook ker waima ape sekali teknologi pon kan bak kate orang segalanya dihujung jari cewah, yang jenis nak keluar rumah tu hah! berita baik untuk kengkorang semua, kengkorang boleh mendaftar secara online, iaitu dengan mendownload borang tersebut dan isi dengan lengkap pastu hanto lah kat Suruhanjaya Pilihanraya (SPT) ataupun melalui Penolong Pendaftar SPR.


Borang A
ni contoh borangnyer.. (sila click untuk tumbesaran yang sehat)

borang A 

orang nak kahwen nak cari calon isteri ke suami ade syarat kan so nak jadi calon pendaftar SPR pon ade syarat nyer. meh tengok-tengok sikit ni.

  1. mesti warganegara Malaysia yer bukan bangladesh mahupun sri langka
  2. seharusnyer dah mencapai umur 21 tahun bukan nyer lepas 18 tahun ottoke?
  3. menetap di bahagian pilihan raya di Malaysia
  4. tidak hilang kelayakkan


so sekarang tiada alasan bagi golongan yang sudah pon berumur 21 tahun ke atas untuk mendaftar SPR. yang ade ciri-ciri kat atas ni pon tak de alasan lagi untuk pergi mendaftar untuk menjalan kan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang tercinta. *sambil memandang bendera Jalur Gemilang. untuk maklumat lanjut boleh lah kengkorang melayari alamat sesawang ni http://www.spr.gov.my/ tak pon korang leh pergi kat blog ni pon ade menerang kan tentang cara pendaftaran SPR  (sila lah click disini) cewah! giler promoter aku ni ahahah! 





p/s:  mendaftar lah untuk kesejahteraan negara cewah! *terasa amat poyoz! hahaha








No comments: