...penulis boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa jika mendapati hasil tulisan mereka diperdagangkan tanpa kebenaran. ia dilihat sebagai mencuri harta intelek...


Saturday, February 18, 2012

kemalasan tahap impak maksimanya.

hachiummm!! hachium!!! punyelah semak samun penuh belukar blog ni haish.. ape nak jadi ni? --" *adakah aku terlalu hyperbola. hurm. beginilah naseb setelah sekian lamanya menempek kat rumah kebahagian yang dirasainya terlalu memakan diri sehingga perlu menanggung keseksaan lemak tepu yang berselirat diseluruh genap pelusuk tubuh.. tanpa belas kasihan pertumbuhannya terlalu efisien sehingga mampu mengalahkan proses pembiakkan bakteria. ok cukup mukadimah yang penuh dengan pendustaan itu ok.



maaf kerana telah mengabaikan kehidupan berblogging terlalu lama --" bukan kerana buzy, bukan kerana kehilangan idea akan tetapi lebih menjurus kearah kemalasan tahap impak maksimanya. buahahah! haish.. sampai bilalah nak hidup macamni.. *ok ayat bajet macam telenovela melayu lah pulakkan..



sebenarnya banyak bende yang aku nak kongsikan kat sini sepanjang aku bercuti memondeh, membuang masa, menghabiskan beras mak aku namun begitu kerana rancangan korea yang terlalu famous lagi glamourous dalam kalangan remaja yang tak kenal dunia reality aku telah terjebak melayan running sehingga lebam. holah dah balik upm jangan mengharaplah nak menonton dengan kelajuan impak maksima macam wifi kat rumah ni kan. setakat laju macam siput sedut berlumba dengan lintah dan pacat berlari simpan ajelah hasrat tu.. hahaha!



ok esok dengan rasminya cuti aku tamat. semakin cuti aku tamat semakin berkoyan-koyan pulak member-member zaman sekolah aku ni berlumba-lumba menamatkan zaman bujangnya. haish.. nak pergi tapi masenyer tak bersesuaian dengan keadaan aku ni. dah berapa banyak dah majlis walimatulurus mereka dan mereka yang lain yang aku terlepas. --" kecik hati jap.. haha! namun begitu terdetik seketika dalam hati ni bila melihat gambo-gambo dyorang yang up kat fecebook..  dah tua rupanya aku bila tengok dyorang bergumbira sakan kahwen ni.. hurm.. entah bila lah turn aku ni.. *kelas ko bedah ade hati nak kahwen layak kw aku ni.. ilmu masak pon tak penuh didada jangan haraplah kiah ooii...! hahahah



papepon tahniah bagi mereka dan mereka yang ingin membina masjid yang indah moga kekal hingga akhir hayat dan dimurahkan rezeki bersama anak cucu cicit, bagi yang bujang dimurahkan jodoh ye dak? boleh ke macam tu.. kira bolehlah. haha! bagi yang berhasrat keji, penuh riak, bongkak, dan takbur hentikanlah tak elok untuk kesehitan jiwa.. ok rase macam lain macam pulak.. --"








sometimes mute is better, deaf it more ok then talking nonsense hear rubbish gossip urgh!  




p/s: rase malas nak balik upm besok boleh tak? cis betol! 





1 comment:

muezz@blaz said...

hyperbola ko tinggi sgt,,, seakan akan aku rasa kalut plak,,,,hahaha