...penulis boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa jika mendapati hasil tulisan mereka diperdagangkan tanpa kebenaran. ia dilihat sebagai mencuri harta intelek...


Saturday, March 17, 2012

perlu ke kondem teruk-teruk sampaikan aku rase jadi pompuan ni sampah sangat ker?




dikala semua orang lena dibuai mimpi aku pula boleh terperangkap dalam dunia insomia. cis! itu adalah suatu penyeksaan bagi minda aku yang telah berkerja keras sehari suntuk pada hari.. hurm keraslah sangat kan eza.. watdehecklah! --"



kerje-kerje pencernaan anatomi dan fisiologi sudah tergendala begitu juga dengan calculus apatah lagi dengan biochem. aku dah mabuk dengan tulang mulang segala daging dan juga nombor. maka kerja pembuangan masa berjalan seperti biasa. melawat segala laman sosial yang ada memang kegemaran bagi remaja di zaman era modenisasi masa kini seperti aku. remaja ker? ok remaja yer. baru 22 tahun single and available. --" oh! deym aku terpromote diri sendiri ker? pffftt..



sementara menanti buffering gokusen special punyer aku belek-belek news feed kat fasebooking aku. status politik, carutan, kepoyoan, kejiwangan, kejijizan semuanya ada. kengkadang aku terfikir jugak pada sesetengah status fasebooking sesiapa jer lah individu yang berhak meluah kan perasaan. ni randomly lahkan termasuk aku lau tersentap mak nak naseb kamulah ea. 



ade yang kutuk politik tapi hakikatnyer tak tau pape pon tentang politik, bajet prihatinlah tu,  yang berstatus jiwang kalah laki bini, tapi bile gaduh hambek ko runtuh segala ikatan yang ade, yang bajet hotw mengejar populiriti publisiti murahan pulak macam tak ingat dunia ni hanya pinjaman semata-mata, tu lantak p lah kan, kenkadang aku pon terbabas macam tu jugak. yang tak menahan nyer bile bab status yang berunsurkan kutukan yang tak membina. 


 



banyak status ker wall ker pe kejadah sekalipon semua berkisarkan tentang perempuan, wanita  dan seangkatanyer. bukan tak bagus yer bagus baik mengingati dan menegur something like do and don`t for women. namun begitu, perlu ke kondem teruk-teruk sampaikan aku rase jadi pompuan ni sampah sangat ker? kenapa semua bende disalah terhadap pompuan? lelaki ni baik sangat ker sampai sekelumit dosa pon tak terpalit?



seriously aku tak mengerti dan tak memahaminyer langsung.. mule-mule tu aku rase cam boleh terimalah post macam tu, namun demikian, bile dah hari-hari post yang hampir sama maksudnye membuatkan aku rase jelak pulak tengok. yang tak menahan bende remeh temeh pon nak jadi isu ker? ye memang lah ramai yang mengelike sebab yang tukang mengepos tu hotlah jugakkan...memang lah suke hati korang nak post macam tu kan, tapi kalau sampai dah mengutuk secara extreme tak ke namanyer menghina tu? macam membuka aib orang pulak, pastu membuka cable untuk sesi gosip mengosip a.k.a mengumpat secara extreme... haish!



bagi akulah walaupon seburuk mana pon kengkorang mengutuk orang perempuan hakikatnyer perempuan ngan lelaki tak jauh mana pon bile melakukan silap dan salah. sama aja.. kalau curang, lelaki pon curang, lau bab pengotor, lelaki pon ade yang pengotor, yang bajet hot bajet bagus laki pon ade macam tu. pucuk pangkal sama je. so, konklusinyer stop judge other person before you knowing well about them ok?... so pathetic. =..=''





p/s: jangan salahkan orang kalau diri tu forever alone ker tak de sape nak, jangan terlalu nak memilih sangat, terlalu mengharapkan kesempurnaan bagaikan mengidamkan gule-gule yang berbungkus cantek dalam plastiknya, kalau diri sendiri tu pon tak sesempurna mana. semua orang tak sempurna tapi semua orang berusaha menjadi yang lebih baik dari semalam, belajar dari kesilapan yang lepas.

No comments: