...penulis boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa jika mendapati hasil tulisan mereka diperdagangkan tanpa kebenaran. ia dilihat sebagai mencuri harta intelek...


Friday, April 20, 2012

tak boleh ke hidup single mingle gingle ginger ni?





sejak menjak 2 3 4 5 menjak ni aku terase sikit keserabutan hidup, ye mungkin sebab aku bergelumang dengan assignment yang bermangkuk-mangkuk tingkat nyer dan minggu depan beberapa hari kemudian bergelumangan test 2 pulak. makin sempit jiwa dan raga aku. haish! takpe demi mase depan aku sanggup menharungi segala keperitan jiwa ni, hamboi! cliche nyer ayat.. auw! disebabkan masalah ini juga dah beberapa hari aku mengalami gangguan insomia yang tahap impak maksima.



jadi malam tadi seperti biasa aku tido lewat. so sambil menanti mata yang dah rabak nak tido aku seperti  biasa lah berjalan memondeh-mondeh dilaman sosial yang ade. tetipe plop! up chat dari membe aku kat fasebooking. dah lama tak dengo cerita dia kan. seperti biase bile dah lama tak bertegur sapa tak bersua muke bertentang mata berbicara dari hati ni pelbagai soklan yang timbul. seperti biasa soklan wajibulngunnah mesti ditanya. ngan siapa sekang? couple ngan sape? bila nak kahwen? oh deym! terase nak pergi jalan pak tuyu serta merta. 



kengkadang aku terase oh! tahilembu nyer! tak boleh ke hidup single mingle gingle ginger ni? mesti kene ade partner ke dalam hidup ni? kalau orang lain ade couple kite pon kene wajibulngunnah ade ker? auw! kenapakah harus hidup bertrend kan sedemikian rupe? 



ok secara jujurnyer aku juga insan biasa nak hidup berpasangan seperti orang lain namun pengalaman sentiasa mendewasakan kita cewah! ayat nak bajet dewasa lah sangat sarcastic yang amat! ok kenapa aku single mingle ginggle ginger sampai sekarang? hal ini kerana aku letih bila hati dan perasaan diperkotak katikkan begitu sahaja. letih woo! bercinta bagai nak rak bagai, ko sayang orang tu cam giler, setia bagaikan tiang bendera tapi akhirnyer ko kene dump macam sampah sarap tepi jalan. segala kebaikan, kasih sayang yang ko curah dilambung ke dalam tong sampah begitu sahaja. belom campur kalau kite kene tipu hidup-hidup fresh-fresh bagai kan air feel fresh yang sedap tu. haha!



pastu orang semua cakap tak de jodoh pergilah cari yang lain, berlambak lagi ade kat luar tu. yer aku tau berlambak lagi ade kat luar. tapi.. nak cari pasangan hidup ni bukan macam cari mee goreng sedap kat pasaraya ataupon kat kedai mapley. yang nak dicari bukan lelaki, mahupun janttan dominan yang menguasai kawasan mahupun wilayah yang besar tetapi seorang bakal suami yang mampu membimbingkan kita ke jalan yang diredhai Allah cewah! hamboi! demand sungguh ang ko eza. aku bukan nak yang macam ustaz don tu cukuplah dia mampu bimbing aku yang jahil mahil ni ke jalan yang benar cukup ok. mampu hormati aku sebagai seorang perempuan bukan seorang mak nyah atau anak ayam di lorong haji taib tu ahahha!



so secara konklusinyer aku letih mengejar sana sini, semakin aku kejar semakin jauh dia lari, so dari aku kejar mengejar macam cerita bollywood tu lebih aku menanti, menunggu dia datang sendiri lepas tu baru aku tangkap aku awet lelaju macam mumia tanam terus. hahaha! ok tak aku pentipoo jer.. jodoh tu memang dah ditetapkan di luz mahfuz jangan risau, cume kite jer belom ketemu lagi. pasti ade, pasti akan datang juga pada kita. so tak payah nak despredo sangat. tak mati pon kalau hidup tak berpasangan ni. ottoke? ahhaha!








hidup single mingle seronok sebab tak dikongkong bebas untuk melakukan sebarang aktiviti mahupun keputusan. so hargai lah kehidupan bujang ni sebaik mungkin sebelom kene ikat dengan ikatan yang sah cewah! tapi jangan terbabas mabas sudah ok. peace! 





p/s : baru aku sedar aku dah hamper dewasa bile tengok rakan sekeliling dah berkerjaya, bertunang, berumahtangga, beranak pinak bagai.. oh! deym! laju betol mase berlari dengan pantas.. *bajet nak rap macam zizan jugaklah ni ahaha




3 comments:

CikMai said...

rileks lahh....nikmati hidup puas2...sampai masa berpasangan juga ..hewhewhew

iema ackles said...

sabar je erk..insyaallah jumpa la nnt...
jom kita tunggu sama2... ;)

kusiberjalan said...

cik mai : betol!! beto!! selagi ade peluang kene enjoy pepuas cewah! huhuhuh


cik iema: jom! xlari kemana pon jodoh tu kan? hehehe