...penulis boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa jika mendapati hasil tulisan mereka diperdagangkan tanpa kebenaran. ia dilihat sebagai mencuri harta intelek...


Sunday, October 14, 2012

setiap insan diberi hak untuk mengecapi kebahagian aceceeceeh~




minggu ni giler tak productive langsung untuk aku. dengan cuaca yang sesuam sejuk milo oat rendam ngan honey star ni membuatkan aku sungguh dalam kemalasan yang tahap impak maksima tanpa menyedari kehidupan aku yang semakin buzy kengkononnyer yang dah ditimbuni ngan report lab yang harus disiapkan dengan segera, test 1 yang semakin menjelma disetiap genap pemandangan... oh deymn~ sumpah aku stuck seketika dalam situasi begini. dilema pulak home sick tetibe muncheesecake sungguh~ ini amat memainkan perasaan yang seharusnya mood study tu perlu tebal dalam jiwa ketika waktu ini hokeh.




so untuk mengelakkan unproductive activity aku dipenuhi dengan activity berhibernasi penuh efisiennya lantas tangan ni berjalan-jalan di seluruh bahagian laman sesawang yang ade. lantas aku terpandang gambar minggu lepas kat dinding muke buku pelangi. terus teringat betapa seronoknya minggu lepas activity mingguan aku berjimba-jamba sakan uollz~ london ker paris bukan lah destinasi ditujunya hanya tangkak johor jer mampu aku jejakkan kaki. at least lepaslah jugak rindu nak balik johor tu kan. janji kaki aku berpijak dibumi nyata johor cukup sukur nikmat dah tu... ahakz~


aku telah dipelawa ke jemputan kahwen couzen pelangi kat tangkak johor. rasenye cam dah lama tak pergi kerja kahwen orang ni. ok FYI ataupon for your information kerja kahwen tu adalah kenduri kahwen yer untuk bahasa yang aku dah lama gune kan dari sejak azali lagi... ahaha! 







me like! so ohsem when they wearing red colour for their wedding theme. ~(TT TT~)
credit to pelangi's couzen


semangat pergi kerja kahwen ni kengkununnyer nak amek berkat katenya. mane tahu kan esok luse tulat sebulan due tige bulan 3 tahun lagi aku menyusul pulak ker. hambuih kemahen uollzz~ angan-angan melambung-lambung tingginyer... tapi tak salah kan? semua setiap insan diberi hak untuk mengecapi kebahagian aceceecee~ hakpuyiihh betei~ ahahahah~






eherm..eherm.. some people said it's ok if we dream something for future... insyaAllah it will become true... who's know right?
 pelangi look so dongga... auw~ ~(=="~)




bile lihat kemeriahan kerja kahwen tu lantas teringat zaman kecik-kecik aku mase pergi kenduri dulu. antara sebab aku suke pergi nya ialah...

  1. nak kutip bunge manggar yang berwarne warni tu.. dulu aku tak tau kenapa dan mengapa asal nampak jer bunge manggar tu semestinya aku berebut-rebut ngan bebudak yang lain nak dapat kannya... apa keistimewaannye pon aku tak tau. maybe sebab keunikkan warnenyer kot ahakz~
  2. pastu aku suke giler tengok orang bersilat ngan kompang. rase cam jantung kau sekali kene kompang.  and selalu nyer suke tengok silat sebabnye  abam-abam silat ni somel lagi kachak-kachak pastu ditambah pulak pencak silat yang sangat ohsem! dan selalu nyer akan ditiru semula oleh kanak-kanak yang hyperactive seperti aku ahaha!
  3. paling UTAMA ialah tol yang dikenakan untuk pengantin lelaki. kelebihan kalau kerja kahwen tu belah pompuan leh dapat duit tol hokeh kalau kat johor ni. keistimewaan yang tak buleh nak ditinggalkan. even buleh dijangka berapa nilai yang akan dapat tak kesah uollz~ jemah sanggup tunggu berpeluh ketiak sekali pon. setiap pintu tol yang ade, maka adelah muke jemah untuk interframe kat sana sini situ mueheheh!
  4. pas pengantin dah sedap-sedap bersanding akan ade upacara tepung tawar pastu akan ade seisi baling gegula dicampur dengan duit syiling. part ni pun aku suke mase kecik-kecik dulu. aku paling  suke dok belakang-belakang dan mengutip hasil keuntungan dengan menada baju seluas yang buleh hahaha! seronok dia kemahen uollz~ maseh ni memang betul orang cakap duit jatuh dari langit! memang sakit kalau tertimpa limeplohseng seketul jatuh kat kepala mau esok pergi sekolah benjol setompok kat dahi haha!


tulah antara sebab nyer aku gemor giler pergi kerja kahwen mase kecik-kecik bile dah beso ni tak delah buat perangai bunghuk macam tu mau kene libas 88 kali ngan cik elis pakai pelepah pisang sat g... muehehehe~  walau apa pun pemergian aku ke tangkak tu amat berterima kasih kat omak den yang tersayang sebab membenarkan aku pergi ikut family pelangi. yolah! belom kahwen kebenaran anak gades sunti macam aku jatuh kat omak den, dah kahwen baru nak taat and memerlukan kebenaran officially kat suami hokeh~












p/s: bersyukurlah dengan mengucapkan Alhamdulillah setiap masa, kerana setiap mase setiap detik Allah sentiase mengingati hambanya dan tak putus hidayah, rahmat, nikmat, rezeki, kebahagiaan yang diberikan buat hambanya... L(TTvTTL)









2 comments:

Izzah | zulkifli said...

selamat menyiapkan kerja kerja yang bertimbun tuh. hee. :)

kusiberjalan said...

mekaseh.. rasenyer bile siap kan makin bertimbun yang muncul.. wwwuuu~