...penulis boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa jika mendapati hasil tulisan mereka diperdagangkan tanpa kebenaran. ia dilihat sebagai mencuri harta intelek...


Friday, January 04, 2013

kehidupan roda beskal





semakin hari semakin mengalami tekanan disamping lebihan 3 paper yang bakal aku mengadap pada minggu depan, dengan berat yang semakin tak menentu... auw! rase macam nak berjoget-joget pulak dalam keadaan macam ni. saje nak menghiburkan hati kengkununnyer lah kan... ahakz~





berbalik tajuk kite pada hari ni, roda tu semestinya bulat kan boleh berputar-putar. kalau bersegi takdelah boleh berputar-putar bergolek-golek. so macam tu lah kehidupan kite. tak setiap masa dan waktunya kita berada diatas.




kalau hari ni tuah menyebelahi kita esok luse mungkin tuah lari ke sebelah orang lain. begitulah yang aku alami 2 3 hari sejak menjak ni. hari kemalangan ditimpa musibah bermula dari hari terakhir tahun 2012 lagi. meh kite imbau kenangan lama sat na... *lantas awan berkepol-kepol mueheheh~




hari ditimpah musibah tu bermula sewaktu aku jawab paper biostatistik. konpinden jer iollz jawab ni. macam betul je kan. dengan ketekunan aku mengira sambil peluh jantan memercik dadahi tetibe doktor bersuara memberi peringatan ade lagi 15 minit untuk jawap soalan. aku fikirkan aku dah jawab semua. tetibe rase tak sedap hati aku semak balik walaupon pon mase tu tinggal satu soklan maseh lagi tak lengkap jawap. dengan perasaan yang terkejut kesilapan sendiri aku terlepas pandang bahawa aku ade lagi satu soklan tak jawab lagi.. deymmmn! 25 markah hilang begitu sahaja dalam saat 15 minit terakhir yang tinggal. mulah sendu dalam keredhaan berlagu-lagu. 




kemudian berterusan pada hari selasa... niat kat hari nak cari halfmoon ngan tudung akak ngan mak aku sempena hari abang aku nak menyambut tetamu. semangat cari warne merah namun sekeping pon tak jumpe. kalau tak nak tu mase tu bergolek-golek depan mate. hampa lagi...




seterusnya hari rabu. habes jer exam keusahawanan petang tu melempiaskan napsu tengok movie cite CZ12 memang bestlah kan. nanti akan aku hupdate sikit cite ni yer kengkawan. balik tu ingat nak celebrate beday anum. sebenarnye esok. tapi orang kate kawan punyer semangat nak celebrate malam tu lah. makan menuju dengan penuh semangat pergi downtown cheras semata-mata nak makan burger bako murah abang teh anum. tapi rezeki tak meneybelahi kami semua gerai burger bako walaupon bukan abang teh anum pon tutup. hagaknyer hari rabu ade lah penutupanbagi kedai burger bako kot. 




paling sadis berlagu sedih adalah pada hari ni hari jemaat. lepas maghrib tadi ingat nak pergi pasar malam lah. sebab napsu lapo sejak menjak ni kemahen melonjak-lonjak tak reti ingat yang lemak-lemak semakin tepo menempel ni. waktu nak pergi hujan renyai-renya gerimis bak di lautan. angin sayup-sayup sepoi. ros bawak moto dengan penuh keanggunan sopan dan santun sebab kesejukkan hujan tahap impak maksima. tetibe pintas sebuah kancil bagai kene kejo dengan gajah naik minyak motong kami lalu langgar lopak air yang sememangnyer ditimbusi air, takkan api pulakkan... lantas terpecik dengan pebuh semangatnyer air tersebut ke atas kami. basah! lencun! sedih... rase macam terhina gile mase tu....




dah lah basah.. kene langgor air lagi lah basah. ok fine! sedih... maka perjalanan diteruskan lagi. tekak teringin nak makan popiah basah. tapi takde rezeki. sudah lah berjalan dalan keadan yang basah dan berlemuh ditimpa pulak air hujan yang bertakung dekat payung-payung gera jualan. bertambah lagi sedih. sebab basah kene timpa air depan public. homaaaiiiggooddd! awatlah malangnyer minggu ni. 





tapi takpelah. nak lagu mana. Allah memberi kita dugaan, ujian dan musibah untuk lebih mendekatinya. bersyukur ditimpah musibah sedemikian upenyer. kerana terdapat insan lain yang lebih malang dari kite. sebagai contoh sewaktu pulang dari pasar malam  aku dikhabarkan gosip hangat duda janda remaja berlaku tanah runtuhan berdekatan hostel lelaki. sungguhpun tak sehebat macam runtahan tanah dekat bukit antarabangsa namun kejadian ni dah menelan 7 biji motor budak laki yang mewah lagi bergaya. 





the moral of the story yang aku dapat kali ni ialah bersyukur dengan segala rezeki yang Allah beri kepada kita walaupon ia dalam jumlah yang kecil mahupon besar. sesungguhnya kenikmatan yang Allah berikan tu bebila mase jer buleh ditarik dengna sekelip mata tanpa sebarang peringatan pon. bak kata pepatah aku ni kehidupan roda beskal. bergolek dari atas kebawah, dari bawak ke atas... putar-berputar mengikut rentak keputarannya... aceeeehhh~




p/s: hati semakin mengingati rumah namun nota bergelimpangan depan mata meminta untuk membacanya... tsk..tsk... ~(TTTT~)

No comments: