...penulis boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa jika mendapati hasil tulisan mereka diperdagangkan tanpa kebenaran. ia dilihat sebagai mencuri harta intelek...


Friday, January 11, 2013

MINYAK DAGU





banyak-banyak minyak yang paling ditakuti aku ialah minyak dagu. bukan takut kerana apa sebab bende ni dah tergolong dalam permainan syaiton dan khurafat kalau tersilap jalan boleh syirik tau! nampak tak kegerunannya disitu?..





hokeh sebut pasal minyak dagu ni ade satu filem melayu memang buat cerita tentang minyak dagu. macam cite KHURAFAT arahan samsul yussof tu.. acecee~ cerita nyer same je mestilah pasal pompuan kan. nama pon minyak dagu. cume jalan cerita dia tak samalah. 




buat masa ni asal sebut minyak dagu jer mesti pompuan yang kene seletnye belom pernah aku dengo dalam sejarah lelaki kene selet lelaki kene nasi kangkang yer. ahakz~ kotor sungguh permainan  syaitooonnn direnjam durjana  ni.. euuuww~ tau.. bak kate gades metropolitan ahakz~





sebab kan aku dah tengok trailer ni mase aku tengok cerita LAGENDA BUDAK SETAN II maka cerita yang aku nantikan akan keluar tahun ni akhirnye muncul tibe. trailer dia macam gempak sangat kan sampai gugur bulu-bulu mate aku tengok. padahal trailer jer pon. errr.... (-- _'')







cerita minyak dagu kali ni dibintangi yana samsudin, fezrul khan ngan fizo. sinopsis pepanjang korang leh review kat google sebab kalau aku cerita tak dapat royalti pon malas hokeh. ahhaha! aku akan review apa yang aku tengok jer. 





overall hantu dia memang sumpah seram dan menakutkan. huduh+burok+berkudis+berulat+berdarah memang hantu melayu yang top! jalan pon berdengkot-dengkot! eeeiiiiiyeeerrrkkk~ berulat-ulat tu jangan cerihita lah... menguit-nguit! *badan aku pon mengeletis nak taip ulat sebab terbayangkannya.






tapi jalan ceritanya ade sedikit kekurangan. mungkin pada aku ceritanya ade tapi penyusunan cerita tu nampak macam tak berapa tersusun. contoh macam scene siang tu sekejap pastu apayang si fezrul tu nak buat nak cakap macam tak sampai untuk difahamkan. tetibe dah malam. memang standardlah cite hantu malam lagi panjang dari siang kan. 







part fizo omar ngan yana samsudin macam takde chemistry. bile diorang jumpe mase memula tu nak cakap tapi macam tak terluah. maybe sebab diorang lama tak jumpe kan. nama pon ex-schoolmate. fizo omar ejek yana gemok pon macam buat-buat tak bersungguh. kurang penghayatan watak. part fexrul khan hokeh. bile baran dia naik kat yana tu nampak lah edayusannya terserlah. 





paling kau keciwa ending cerita dia. aku tengok dah macam sinetron cerihita indon jer. alah macamkat telebisen media prima TV3 tu setiap jemaat pepetang lepas pukui 3 petang. Al-hidayah ke yang  macam berunsurkan balasan Allah s.w.t kat muka bumi tu. mungkin lah penulis cerita tu tengok cerita macam tu ke kan. timbul idea buat cerihita version Malaysia punye. ahakz~





hambuih! kemahen iollz comment mengomplen ni. at least dia dapat duit gak buat cerihita macam tu kan. aku ape ade nan hadddoooo~ ahahah! oberall iollz buleh bagi 2.5-3 bintang jelah. buleh lah tengok sesantai. aku mnjerit gak part hantu muncul tetibe sebab memang huduh dan menakutkan. moral of the story pon baguih. berjanji ngan hantu ngan syaiton ni nampak memang mudah jer pantang larang dia, tak buleh bawak minyak dagu tu kedalam umah, tak buleh langkah sungai or laut, tak buleh masuk rumah orang mati namun pantang larang sedemikian upenya lah membuatkan manusia yang jahil lupe dan akhirnya memakan diri sendiri.






mase aku tengok cerita ni aku rase satu penyebalan bile silap pilih seat. tak sangkak dapat hall kecik sikit. duduk pulak kat tengak aku rase kurang selesa sebab skrin tu besaq kan. pastu akak kat sebelah aku ni lebih suke review sambil bercerita macam tengok dekat telebisen kat umah bersama suami ke laki dia. streesss! sebab tak dengo cerita tu punye cerita. then, kelopok gurlgirl kat belakang aku ni pulang dok sepak-sepak kusi macam kepala aku ni bola. pastu dok memekak gak cam binawe banjaran titiwangsa je rasanya. lagi aku hangen hakak kat sebelah aku ni punye hampon buleh pulak berdering. bukan hakak tu nak off ke silent ke hape dibiarnye sampai habes deringan tu. sungguh beliau tak kenal erti penyesalan bile ekne kerat 18 bahagian. 





kualat bagi ku sebab tengok movie tak berapa chambest, silap pilih seat, silap bersebelahan dan berbebelakang kan penonton dan segalanya lah....  




sape nak menonton buleh menonton sape nak tunggu kat you tube buleh tunggu. yang penting iollz memang menyokong filem melayu sebab kalau bukan kite sape lagi kan. ahahahah~ *nampak tak jiwa kerakyatan mesia dah muncul dalam sanubari ni...




ni trailernye...







p/s: tengok ulat tu aku memang geli gile


No comments: