...penulis boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa jika mendapati hasil tulisan mereka diperdagangkan tanpa kebenaran. ia dilihat sebagai mencuri harta intelek...


Tuesday, January 22, 2013

"siakap senohong gelama duri, bercakap bohong ni memang lelama akan jadi pencuri jua...."

sejak menjak cuti ni aku dah terlibat dengan program suri rumah yang berjaya bukan program bersama lisa surihani yer. ahakz~ segala derama dari 10 pagi sampai lah ke 11 malam semua aku sebat. *nampak sangat kerja aku dok ngadap telebisen satu hape kerja pon tak jalan kan. dasat!





bile tengok derama telebisen ni segala sinetron, azeala, samarindalah, lestary, cekerama bagai semua setiap cerita mesti ade watak jahat kan. pastu watak jahat ut kengkadang muke tak jahat tapi baik jer tapi sebenarnya jahat. kengkadang diorang jahat buakn sebab diorang yang nak tapi ada kala sebab terdesak dan terpaksa.







macam kisah ni bile keluar reramai nak bersuka ria, tanpa disangka orang yang dipercayai telah menghancurkan kepercayaan yang ade. niat nak pergi toilet sebentar dengan pantas segala kerja yang tak bermaruah itu dijalan kan. terkilan bile harta pengumpulan yang disimpan dengan penuh kesusahan hilang begitu sahaja. sedih tu yer memang diakui tapi disebabkan atas dasar ikatan yang lama terjalin tu diakhiri dengan sunyi sepi ibarat takde apa-apa yang berlaku. 





bile cube untuk menduga perasaan pesalah tersebut lakonan nya yang mantap tapi tiada logikal akal juga turut berlangsung. hahaha~ dengan perasaan yang sebal hanya mampu bersabar dengan setiap kejadian yang berlaku. hanya mampu mendoakan agar Allah s.w.t akan memberi hidayah dan petunjuk kepadanya agar berubah menjadi insan yang lebih baik dari yang semalam dan hari ini....tapi pepatah melayu tu memang betul... "siakap senohong gelama duri, bercakap bohong ni memang lelama akan jadi pencuri jua...."

No comments: