...penulis boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa jika mendapati hasil tulisan mereka diperdagangkan tanpa kebenaran. ia dilihat sebagai mencuri harta intelek...


Wednesday, March 05, 2014

Masa lalu

Kalau dibicarakan masa lalu ini terlalu banyak ceritanya... Tak semua insan mempunyai masa lalu yang menarik seperti kita yang bertuah, kerana ada insan masa lalu nya penuh dengan noda hitam...

Namun itu bukanlah satu cara untuk kite memberi andaian mahupun secara terus memberi hukuman terhadap insan yang mempunyai masa lalu yang buruk itu bahawa mereka tidak boleh diberi peluang untuk berubah menjadi baik...

Kadangkala insan yang mempunyai masa lalu yang buruk itu buleh berubah menjadi insan yang lebih mulia dari kite... Nak tau kenapa sebab mereka ini bile berubah, berubah dengan seikhlas hati mereka penuh dengam zuhud terhadap Allah... Kite seharusnya memberi dorongan dan semangat bukan mematahkan semangat dan harapan dengan mengatakan masa silam yang buruk itu takkan boleh berubah...

Ya! Munkin ia tak boleh diubah kerana dah menjadi sejarah namun dengan kesilapan masa lalu mereka itu, mereka menjadi kan pedoman dan pengajaran agar kesilapan itu tidak akan berulang lagi...

Itulah yang selalu terjadi dalam... Aku bukan nak cakap apalah... Kesian aku tengok ade satu kisah nie... Insan ni eksited call temannye untuk bercerita, mungkin dari segi perubahannya menjadi kejutan buat temanya... Sayangnya temannye ini bagaikan tidak percaya, lantas terus menjatuhkan hukuman bahawa kisah silamnya itu tidak sedikit pon membuat perubahan yg baik untuk dirinya malah sama sahaja bagaikan kisah silamnya... Kesian insan ini bagaikan maruahnya tercarit-carit bile dihina sedemikian rupenye... Tak seharusnya temannye melakukan begitu...

Pada aku lah semua orang melakukan kesilapan, hanya sama ada dia sedar atau tidak yang dia telah melakukan kesilapan dan mahu bertaubat atas segala kesilapannya itu... Itu adalah lebih mulia dari orang yang menghina kesilapan dan masa silam orang kerana dia sendiri telah melakukan dosa menyakiti hati saudaranya sediri malah menaburkan fitnah jika ia tidak benar...

Nauzubillah...

Mintak dijauhlah kita dari golongan ini... Amin...

Sekian, terima kasih..

Eza, xoxo.

P/s : eh tertanye ni betul ker, belajo dekat institut veterinar kluang boleh keluar jadi AVO, tak payah amek macam diploma kesihatan haiwam dan peterkana... Lepastu dari AVO institut veterinar tu sambung lagi 3 tahun under institut veterinar jugak dekat sabah or sarawak boleh keluar jadi doctor veterinar?... Kerana persoalan ini ku telah dilaber seorang manusia yg cemburu dengan pelajar dari institut veterinar... Iollx cume tertanye jer... Janganlah marah...

No comments: