...penulis boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa jika mendapati hasil tulisan mereka diperdagangkan tanpa kebenaran. ia dilihat sebagai mencuri harta intelek...


Wednesday, October 05, 2016

kalau tiada tutur kata yang baik boleh diucapkan adalah lebih berdiam diri daripada mengumpul dosa kering dan menyakitkan jiwa orang lain.

hai dan assalammualaykum.


haritu iollx janji nak rerajen hupdate blogkan? erm nampaknnyer maseh cenggitu jugakklah kan.ihiks!
dalam beberapa bulan dalam tahun nie macam-macam yang dah berlaku dalam kehidupan aku. kalau nak kate ujian kehidupan aku berat, berat lagi ujian kehidupan orang lain yang aku tak tau. so chills and enjoy your life as long you can cewah kate orang memuda jaman sekarang dulu dan kini haha~



sekarang dah masuk bulan october. hampir 4 bulan dah berlalu dari hari keguguran dan kehilangan baby-baby omey aku tu. oh ye, aku mengalami keguguran buat kali ketiganya. perasaan dia hurm tak tergambar tak terluah rasanya. sampai aku tak tau dah nak cakap cenggana sebab punyalah aku meredhai setiap kejadian tu. *nampak macam kuat kan sebenarnye pepura kuat jer* *lap air mata pakai hujung shawl*



nanti esok-esok kalau aku dapat kerajinan yang tinggi aku cerita pengalaman keguguran nie cenggana ea, kalau aku malas engkorang google jelah kesah-kesah keguguran yang ade nie. by the way cerita tentang keguguran nie ade berkaitan dengan pregnancykan? aku rase macam nak share something.



nie apa yang aku alami sendiri. sepanjang aku mengandung dan aku tau aku disahkan mengandung, sekelumit omelan morning sickness, kebanggaan, or excitednya nak cerita kat orang aku pregnant tak pernah pon berlaku. memang aku tak buat. bukan tak nak berkongsi tapi pada aku diawal kehamilan tu macam fragile kite tak tau apa akan terjadi so aku tak nak terlalu mengharap, sebab aku tau setiap pemberian tu adalah milik Allah dan bebila saja Dia boleh amek kalau Dia nak, sebab Dia pinjam kan sekejap untuk kita kan. tapi serahsia mana aku buat aku tetap tak berpeluang untuk membawa zuriat-zuriat ku dengan penuh jayanya. mungkin belom ditakdirkan bersama lagi, and setiap ape yang berlakukan kan ade hikmah yang tersurat dan tersirat Allah dan sediakan untuk kita.



tapi disebaliknya yang berlaku pada insan-insan yang ade sekeliling aku. bile muntah, mabuk itu ini dan sebagainye semua dirungut dan rase bagaikan satu bebanan dalam kehidupan. kenapa mereka semua tak menikmati semua tu dengan penuh rasa kesyukuran? bukan semua orang dapat merasakannya. aku sendiri pon hanya mampu merasa untuk seketika waktu jer. tak lebih pon dari 3 bulan tau. tak baik awak semua merungut. itu satu hal. belum yang mengutarakan kata-kata yang amat tidak menjaga sensetiviti orang lain. 

sebagai contoh yang terjadi pada aku, bila aku dapat tau rakan-rakan yang mengandung aku ucapkan tahniah sekadar menumpang kegembiraan yang ade membuatkan aku rasa bahagia. tapi aku sedih bile dibalas dengan kata-kata seperti ini, "sabar yer, insyaAllah ade nanti", ''sabar yer muda lagi umur boleh berusaha dengan keras lagi lepas nie'', "sabar yer, buat lagi banyak-banyak lepas etc, etc,' 


tanpa disedari kata-kata pada aku nista sangat amat melukakan hati aku. boleh mengandung dan tak boleh mengandung, dan berusaha untuk mengandung adalah sesuatu yang berbeza. sangat besar bedanya. macam seorang bernama ezazura bukan tidak boleh untuk mengandung, boleh, subur dan senang lekat, yang menjadi masalahnya adalah untuk baby itu hidup dengan sehat dan selamat dilahirkan yang menjadi masalah terkini dan maseh dirawat untuk mengetahui puncanya. disamping aku sudah melalui process D&C (dilation and curattage) atau lebih dikenali sebagai cuci kandungan di dalam rahim untuk 1st trimester. sudah tentunya selepas process nie aku memerlukan rehat yang panjang untuk memastikan rahim aku bebetul pulih setelah luka disebabkan process tersebut. takkan lah lepas kene cuci gugur, esok lusa ngandung balik? itu namanya buang tabiat. 


aku cume minta wahai orang kat luar sana andai anda boleh mengandung jaga lah kata-katamu terhadap orang yang mempunyai masalah untuk mendapat kan zuriat atau pon orang yang pernah mengalami keguguran. hentikanlah segala nasihat-nasihat kepakaran yang boleh mengguris kan hati orang lain. kalau tiada tutur kata yang baik boleh diucapkan adalah lebih berdiam diri daripada mengumpul dosa kering dan menyakitkan jiwa orang lain.


pada yang sedang hamil, tahniah diucapkan, pada yang maseh belom moga Allah mempermudahkan segala urusan kite bersama. Allahuma ameen~

insan yang mengajarkan aku erti seorang ibu yang sebenar sayam pn. elis!
ibu rindu tau kamu-kamu didalam rahim ibu nanti kite jumpe andai dizinkan ea


ade jugak kenangan ibu ngan ayah bersama kamu-kamu walaupon tak nampak sangat ihiks!


sekian, xoxo~


















No comments: